1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Rabu, 2 November 2011

Mengapa Harga Emas Semakin Meningkat?

Ramai yang bertanya mengapa harga emas semakin meningkat hinggakan meningkat 24% -30% setahun? Contohnya: Mula-mula saya menyertai skim hibah ini pada 18 Apr 2011. Harga pada ketika itu (emas 999.9) adalah RM 181.00. Baru-baru ini 18 Okt 2011 saya memperbaharui kontrak hibah saya,  harga yang saya beli adalah RM 211.00/gram. dan seminggu selepas itu saya menerima emas saya. Memang lambat dapat sebab permintaan skim hibah ini meningkat setiap masa. Harga emas semasa saya terima
RM 217.00. Ini bermakna dari 18 Apr 2011 hingga 25 Okt 2011 (6 bulan) telah meningkat sebanyak RM31.00 bersamaan 17.12%.. Macam tak percaya, tapi itu la hakikatnya. Saya merasakan perkara ini semua orang tahu. Tapi mengapa harganya terus meningkat?

Antaranya adalah disebabkan permintaan yang tinggi dari seluruh dunia.

1. Pengeluaran emas adalah terbatas sekitar 2% seetahun.

2. Permintaan yang tinggi dari seluruh dunia terutamanya Cina dan India. Kita sedia maklum bahawa Cina dan India merupakan negara yang mempunyai kepadaan penduduk yang tinggi. Bangsa ini gemar menyimpan emas.

3. Permintaan dari bank-bank diseluruh dunia. Bagi mengukuhkan kedudukan bank-bank mereka, mereka terpaksa bersandar dengan emas.

4. Negara Cina sedang hangat mengumpul reserve emasnya. Cina dijangka menjadi kuasa ekonomi No 1 dunia. Ini bermakna permintaan yang tinggi dari negara Cina. Tidak mustahil baru-baru ini nilai Yuan Cina meningkat berbanding matawang lain. Kerana mereka sudah mula bersandar dengan emas.

5. Penurunan nilai Dollar US. Ia antara penyebab kenaikan harga emas.

6. Tanpa kita sedari atau tidak, kemajuan teknologi yang pesat membangun menyebabkan harga emas melonjak naik. Dari pengalaman saya yang pernah berkerja di Kilang wayar elektronik Jepun, terdapat satu seksyen yang hanya boleh dimasuki oleh orang-orang tertentu (termasuk saya sebab saya peyelia di situ). Rupanya seksyen ini adalah tempat penyaduran emas di hujung wayar elektronik tersebut. Ini adalah kerana emas adalah merupakan salah sau pengalir elektrik terbaik iaitu kurangnya rintangan. Dengan teknologi yang semakin canggih, semuanya harus bergerak dengan panas seperti komputer dan radio TV. Bagi TV pula, bagi menghasilkan gambar yang cantik, rintangan di dalam arus elektrik hendaklah ketahap minima. Ini bermakna emas lebih banyak digunakan.

Sekarang, itu lah antara penyebab harga emas terus meningkat. Jadi menapa kita harus melihat sahaja. Makin lama kita tunggu, harga sudah semakin tinggi dan nilai matawang kertas semakin jatuh. KALAU 1400 TAHUN DAHULU HARGA KAMBING 1 DINAR, SEKARANG INI HARGANYA TETAP 1 DINAR.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...