1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Rabu, 30 November 2011

Matematik Dalam Membuat Keputusan


Dulu disebut Ilmu Kira-Kira, kemudian ditukar ke Ilmu Hisab. Sekarang dipanggil Matematik. Walau apa pun sebutannya, ianya tetap sama.
Tahukah kita betapa pentingnya matematik dalam kehidupan kita seharian?


Sebenarnya Matematik ini penting dalam kehidupan kita seharian.  Di dalam zaman Hadhari Islam seperti zaman Andalusia dan sebagainya, lahir ramai-ramai saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina, Al-Ghazi, Al-Khwrizmi dan lain-lain. Mereka ini adalah ahli-ahli Matematik.



Sebenarnya Matematik ini sangat berguna dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita. Contohnya : 

1   Setiap bulan bila kita gaji (kepada yang makan gaji) akan mula membuat bajet perbelanjaan bulan tersebut seperti menjelaskan semua bil, perbelanjaan dapur dan persekolahan anak. Kalau silap bajet kita, susah la kita bulan itu.

2.   Katakan kita akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan memandu kereta. Apakah yang ada di fikiran kita? Tentunya kita akan berfikir jalan mana yang hendak diikuti. Sama ada Lebuhraya atau Jalan Persekutuan. Kalau melalui Lebuhraya tentu cepat, tetapi terpaksa mambayar tol sedangkan melalui Jalan Persekutuan tidak perlu bayar tol, tapi memakan masa. Dari situ kita akan mula membuat keputusan. Selain itu kita akan mula mengira bila kita akan sampai, berapa kelajuan yang harus kita pandu dan  bila kita harus bertolak untuk sampai pada waktu yang ditetapkan?  Bukankah semua itu Matematik?

Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang kita boleh ambil bagi membuat keputusan melalui Matematik. Sebab tu di Barat ada mengeluarkan drama berjudul NUMBERS bagi menyelesaikan jenayah. Ianya bukanlah secara kebetulan tetapi reality.

Semua bidang ilmu di dalam dunia ini ada Matematik, tak kira undang-undang, sains, sejarah, computer termasuk Ilmu agama sendiri. Kalau tak percaya cuba selidik. Betul tak? 

Saya pernah bertemu dengan seorang Pensyarah Matematik dan pelajar dari China. Mereka mengatakan Ilmu Matematik ada Ibu segala ilmu duniawi. Sebenarnya Matematik tidaklah susah sebagaimana yang dikatakan. Pelajar dari China tersebut mengatakan: “Matapelajaran Matematik di sekolah tidaklah susah. Yang penting mengikut undang-undang dan peraturan yang ada. Ikut saja undang-undang dan peraturan maka dapatlah kita menyelesaikan soalan Matematik”.  Diharap perkara ini kita tanamkan di dalam jiwa anak-anak kita kerana jika anak-anak kita pandai Matematik, matapelajaran lain akan turut sekali.
Apa lagi dalam bidang pernigaan dan kejuruteraan. Matematik akan memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Silap pengiraan, maka tanggung la akibatnya.

Di dalam perniagaan emas ini, matematik juga memainkan peranan yang penting. Beli emas kemudian simpan hingga harga naik baru jual atau menyertai Emas Hibah. Kalau beli emas kemudian simpan, berapa lama kita boleh jual dan dapat keuntungan. 1 minggu, 1 bulan, 1 tahun atau 10 tahun? 

Memang benar dengan menyimpan emas, keuntungan kita semakin bertambah dari hari ke hari kerana harga emas semakin naik dan nilai wang kertas semakin turun. Tetapi dalam kehidupan kita seharian, kita masih memerlukan wang kertas ini. Andai kata esok kita nak beli minyak petrol untuk kereta kita. Adakah kita akan bayar dengan menggunakan emas yang kita beli dan simpan? Tentu tidak, masih menggunakan wang kertas. Habis, kalau semua wang kertas telah digunakan untuk membeli emas, apa yang tinggal? Takkan kita nak tunggu tahun hadapan bila harga emas naik kemudian jual dan mendapat keuntungan baru kita nak beli petrol. Itu pun kalau ada pembeli, kalau tak de pembeli? Ingat !!! Pembeli juga seperti kita mahu beli pada harga murah dan jual pada harga mahal.

Tetapi dengan Emas Hibah, kita bukan sahaja  mendapat emas yang kita beli termasuk sijil emas tersebut berserta S&P, tetapi juga hibah setiap bulan. tak perlu saya memberikan contoh kerana saya dah beri contoh pada artikel lepas "Mengapa Melabur Dalam Emas Hibah?". Kita tetap mendapat wang kertas yang boleh kita gunakan untuk membayar bil, beli petrol, barangan dapur dan perbelanjaan persekolahan anak.

Di sini Matematik memainkan peranan penting bagi membuat keputusan, yang mana satu memberi keuntungan yang lebih dengan risiko yang rendah. Kalau syarikat tutup sekali pun emas masih di tangan kita.

Zaman sudah berubah dan cara perniagaan juga sudah berubah. Dulu orang mengutus surat, sekarang guna sms saja. Sama juga dengan perniagaan zaman sekarang. Semua merasa keuntungan dari Pengeluar hingga la kepada Pembeli. Semua merasa keuntungan. Batu perniagaan berkembang.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...