Sebelum ini saya ada membincangkan bagaimana untuk mencapai MATLAMAT. Satu perkara yang harus diambil kira adalah cara kita berfikir. Mereka yang berjaya adalah dengan berfikir secara positif.
Orang yang berfikiran positif mempunyai mental yang sentiasa menyambut peluang dan sentiasa melawan berfikiran nagetif.
Orang yang berfikiran positif mempunyai mental yang sentiasa menyambut peluang dan sentiasa melawan berfikiran nagetif.
Ramai yang saya temui dan bercerita tentang Program Emas Hibah yang mana boleh mendatangkan keuntungan. Rata-rata yang menjelaskan TIDAK ADA MODAL. Ini lah contoh orang yang berfikiran negatif. Kalau sudah ditanam di dalam fikiran dan diri sendiri bahawa tidak ada modal, sampai bila-bila pun tidak akan ada modal. Tuhan telah menyediakan umatnya dengan rezeki di bumi ini. Hanya umatnya yang perlu berusaha dan berfikir untuk mendapatkannya secara berkat.
Banyak contoh orang-orang yang berjaya di Negara Berdaulat ini yang mengamalkan berfikir secara positif. Tidak perlulah disebutkan nama-nama mereka. Semua sudah tahu bagaimana mereka merebut peluang dan mengatasi segala cabaran untuk berjaya. Dalam berfikir secara positif kita tidak seharusnya menggangap masalah adalah satu bebana, tetapi mengangapkan ianya satu CABARAN. Orang yang berfikiran secara positif akan merasa puas jika dapat mengatasi cabaran yang dihadapi.
Cara yang paling mudah untuk berfikir secara positif ada lah dengan menulis segala kejayaan kita dari semasa kita kecil sehingga kini. Tuliskan di sekeping kertas dan tampalkan di tempat yang mudah kita baca. Juga tulis kejayaan orang-orang yang telah berjaya. Tuliskan kejayaan mereka. Dengan cara ini akan mendatangkan satu energy positif kepada diri kita dan kita akan sentiasa berfikiran positif.
Seperkara lagi adalah kawan-kawan dan orang-orang disekitar kita. Jika kita dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran negatif maka kita sendiri akan berfikiran negatif. Dari itu bergaul lah dengan orang-orang yang berfikiran positif.
Sebagai ibubapa, didiklah anak-anak berfikir secara positif. Lihatlah hasilnya dari peningkatan keputusan pepereksaan di sekolahnya. Ajarkan kepada anak-anak untuk mengatakan semua matapelajaran yang mereka belajar di sekolah adalah matapelajaran yang mudah dan menyeronokkan.
Berfikir lah secara positif kerana kejayaan kita bergantung kepada cara kita berfikir. Kalau kita berfikir secara negatif maka negatif lah jadinya dan kita akan sentiasa kebelakang, tetapi jika kita berfikir secara positif, kejayaan akan menanti kita dan kesihatan fizikal kita akan lebih bertambah baik.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan