1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Emas


Apa itu emas? Dalam Islam, emas adalah salah satu dari 2 logam yang dikenakan zakat. Mengapa hanya dua logam ini saja yang dikenakan zakat dalam Islam? Kenapa simpan berlian atau batu-batu permata tidak dikenakan zakat? Salah satu antara sebabnya adalah kerana emas dan perak tidak boleh dicipta dimakmal, tetapi berlian telah berjaya dicipta dimakmal. Harga emas dan perak sentiasa naik dari tahun ke tahun.Mengikut kepercayaan Buddha, di http://crystal-cure.com/gold.html mengatakan emas adalah cahaya dari matahari dan lambang kejayaan dan perak adalah cahaya dari bulan. Jika kita menyimpan emas,akan meningkatkan kekuasaan, memberi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup, memberi kesihatan yang baik dan memberi kejayaan.Di dalam Dictionary.com mengatakan emas adalah adalah logam berharga berwarna kuning yang tidak akan berkarat dan boleh dibentuk dan dileburkan.Di dalam sukan dan pertandingan, sesorang juara atau menjadi johan akan menerima pingat emas dan kedua adalah pingat perak. Mana ada seorang juara akan mendapat pingat berlian atau pingat zamrud. Sesuatu peristiwa yang berlaku akan dipanggil Jubli Emas jika telah mencapai 100 tahun. Mana ada dipanggil Jubli Besi atau Jubli Tembaga? Ini menunjukkan betapa berharganya nilai emas dan perak tersebut.Jika kita melayari internet dan cari makna emas (Meaning of gold) banyak lagi yang akan membawa maksud yang baik kepada emas. Dalam sejarah Islam, dinar emas telah digunakan sebagai matawang. Mengapa? Kerana nilainya yang kekal dan membawa kepada pembangunan ekonomi kepada yang mengunakannya. Dikatakan, di akhir zaman nanti semasa Pemerintahan Nabi Isa A.S, betapa adilnya pemerintahannya sehinggakan emas tidak lagi mempunyai nilai. Ini bermakna, dari dulu lagi emas adalah satu logam yang Allah cipta yang sangat berharga dan rebutan semua khalifah di mukabumi ini.Jadi menapa kita tidak menyimpan emas? Ada seorang kawan memberitahu saya bahawa kita akan dikenakan zakat jika menyimpan emas. Saya jawab, apa salahnya? Kalau kita mampu membayar cukai, tol, saman (jika buat kesalahan) mengapa tidak zakat. Lagi pun hanya 2.5% sahaja setahun, bukan banyak pun. Kalau emas perhiasan, jika dipakai sehari dalam setahun, tidak dikenakan zakat. Jadi apa masalahnya? Dunia dapat akhirat pun dapat. INGAT!!!! Rezeki yang kita dapat dari Allah bukan untuk kita seorang tetapi ada hak orang lain di dalamnya. Makin banyak kita berzakat, makin banyak sebanyak 5 kali ganda Allah bagi rezeki kepada kita. Mari lah kita sama-sama mengumpul emas untuk kesejahteraan diri kita dan Ummah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...