Sekarang ni ramai yang dah mula membuat pelaburan dalam emas dan perak. Elok la ramai yang dah sedar akan menyimpan kekayaan kita mengunakan emas. Sebelum ini saya ada menjelaskan bahawa 2 logam yang dikena zakat adalah emas dan perak.
Apabila dengar saja Genneva ramai yang cari di GOOGLE.
Apa yang mereka dapat adalah berita syarikat kena serbu Bank Negara Malaysia.
Ada sehingga sekarang mengatakan kes masih belum selesai dipantau dan sebagainya. Yang pastinya mereka masih belum dijatuhkan bersalah bahkan sekarang ini masih berkembang dan telah dirasmikan oleh DYMM Agong dan ucapan dibuat oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia. Maka ramailah yang membeli jongkong-jongkong emas lain.Apa yang mereka dapat adalah berita syarikat kena serbu Bank Negara Malaysia.
Ada seorang kawan saya yang telah membeli jongkong emas dan tak tahu nak buat apa. Nak masuk Ar Rahnu, dah tak boleh. Nak jual harga dah mahal, dah tu tak ada sijil pulak tu. Nak jual balik, ada spread kadang-kadang sehingga 6%. Maknanya kalau dulu dia beli RM10,000.00. Sekarang dia boleh jual dengan harga RM19,000.00 tolak spread 6% = RM 19,000.00 - RM 1140.00 = RM 17860.00. Tidak la rugi, tapi untungnya berkurangan.
Di emas hibah, kita akan dapat hibah setiap bulan. Kalau dah terdesak nak guna duit boleh pulang balik atau jual ke syarikat dan syarikat akan pulangkan duit modal kita 100%. Kalau harga dah tinggi dari harga kita beli, jual je kat kedai. Kalau kena potong spread pun, kita masih banyak lagi untung sebab dapat hibah setiap bulan.
Mengapa syarikat memberi hibah kepada pembeli sedangkan emas tu kita pegang dengan sijilnya sekali? Ini la cara berkonsepkan syariah. Berkongsi keuntungan. Syarikat untung, kita pun untung. Tak la syarikat saja yang untung tapi kita untung chiput je.
Ada yang kata ianya riba kerana telah ditetapkan % hibah setiap bulan. Sebab tu kita kena renew kontrak setiap 3 bulan. Selepas 3 bulan, kalau syarikat ada untung lebih, syarikat akan buat promosi % hibah. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Tapi dalam sejarah saya menyertainya, belum lagi turun. Kalau dah ditetapkan untuk 1 tahun, baru la riba namanya.
Ada yang kata tunggu kaya dulu baru beli emas. Kalau macam tu, bila nak kaya? Kena beli emas, baru boleh kaya. Kalau tak ada modal, kita berusaha untuk dapatkan modal. Kan tuhan telah menyediakan rezeki kepada semua umat manusia? Hanya kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Berusaha bukan saja dengan tenaga tetapi juga dengan akal fikiran.
Semua pelaburan emas adalah bagus. Tetapi ianya bukan jangkamasa pendek tetapi panjang. Di emas hibah, jangkamasa pendek dapat, panjang pun dapat. Tetapi beli emas hibah ni tidak semudah beli emas di tempat lain sebab kena ada perjanjian. Yang pasti, berisiko rendah.
Apa pun bentuk pelaburan emas, zakat jangan lupa kerana tuhan akan mengandakan 5 x ganda rezeki kepada orang yang berzakat dan bersedekah.
Apa pun bentuk pelaburan emas, zakat jangan lupa kerana tuhan akan mengandakan 5 x ganda rezeki kepada orang yang berzakat dan bersedekah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan