Sebelum ini saya ada membincangkan berkenaan dengan MATLAMAT. Bagaimana kita akan mencapai matlamat adalah dengan strategi kita sendiri. Setiap orang mempunyai matlamatnya tersendiri. Salah satu cara untukmen capai matlamat dengan jayanya adalah FOKAS. Kita hendaklah fokas dengan matlamat kita. Setelah kita fokus dengan matlamat kita, barulah kita boleh berjaya.Sebagai contoh, saya pernah bertemu dengan sebuah kedai yang hanya menjual stokin sahaja di sebuah Mall. Jika kita fikirkan, masakan mereka mampu menyewa sebuah kedai di sebuah Mall yang mana sewanya tentulah mahal. Tetapi hakikatnya, peniaga tersebut adalah seorang yang berjaya.
Apabila kita telah fokus dengan matlamat kita, secara tidak langsung kita akan menjadi berani. Mengapa?
kerana dengan fokus kepada matlamat, kita akan memotivsi diri kita untuk menempuh segala rintangan dan cabaran. Keberanian akan datang dengan sendirinya untuk mencapai peluang yang ada.
kerana dengan fokus kepada matlamat, kita akan memotivsi diri kita untuk menempuh segala rintangan dan cabaran. Keberanian akan datang dengan sendirinya untuk mencapai peluang yang ada.
Fokus kepada matlamat juga memerlukan pengorbanan. Terutamanya wang dan waktu. "To win something, you must lost something". Untuk menjadi seorang jutawan melalui program emas hibah, anda memerlukan wang ringgit (akan saya bincangkan caranya untuk mendapat modal) untuk membeli emas tersebut dan juga menjadi consultant emas hibah. Untuk menjadi consultant, anda terpaksa membuat pembayaran sebagai ahli penjual emas Malaysia. Bukan itu sahaja, anda dikehendaki meluangkan waktu untuk menghadiri seminar dan kursus bagi mendapat ilmu yang secukupnya. Di sini anda terpaksa mengorbankan waktu anda. Sebenarnya pengorbanan tersebut memberi pulangan yang amat besar. Tanpa ilmu, kejayaan susah dicapai. Ingat pepatah ini..."Knowledge is Power".
Apabila anda fokus kepada matlamat, anda juga akan menghadapi cabaran dan tidak kurang juga godaan. Anda akan bertemu dengan orang-orang yang berfikiran negatif dan sentiasa memperkecilkan matlamat anda. Bukan itu sahaja malah ada yang akan mengajak menyertai program lain yang kononnya lebih berbaloi sedangkan realitinya mempunyai risiko yang tinggi. Saya pernah bertemu dengan seorang consultant program emas yang mana programnya hampir sama dengan Genneva Malaysia bahkan pulangan nya setiap bulan adalah lebih besar. Tetapi apabila saya bertanyakan beberapa soalan seperti adakah emas jongkong tersebut mempunyai sijil, S&P, di mana pejabatnya dsb. Jawapan yang saya terima adalah atas kepercayaan. Masalahnya jika saya percaya pada beliau adakah beliau JUJUR ( akan saya jelaskan kemudian) kepada saya. Biarlah hibahnya sedikit tetapi mempunyai risiko yang amat sedikit.
Apabila kita fokus kepada matlamat kita secara sederhana (tidak 'hangat hangat tahi ayam") maka kejayaan akan menanti kita.
Selamat maju jaya....
setuju dgn pendapat tuan
BalasPadam