1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Khamis, 10 November 2011

Miskin Selepas Pencen

Alhamdulillah hari ini saya telah terbaca satu blog yang ditulis oleh schoolmate saya dahulu saudara Esa bin Rosdi di blognya
 terra-nusa.blogspot.com. Ianya adalah satu artikel yang menarik yang mana jika difikirkan tidak harus berlaku kepada sesorang yang akan pencen kelak. Ramai kakitangan kerajaan atau swasta yang terpaksa berkerja semula selepas pencen bagi menyara keluarga mentelaah lagi masih ada anak yang masih bersekolah dan belum berkerja (ni kes kahwin lewat). Setelah berumur lewat 50an masih lagi berhempas pulas mencari nafkah untuk menyara keluarga. Sepatutnya pada umur begini, banyakkan amalan kerana masa semakin suntuk untuk persiapan bekalan di alam yang satu lagi. Ikuti catatan beliau:


" Miskin selepas pencen? Itu bukan kenyataan saya tapi saya nak komen dan bagi pendapat mengenai kenyataan  tersebut. Saya percaya kajiselidik telah dilakukan dan laporan yang dibuat adalah ikhlas dan jujur. Bukan tujuan menakut-nakutkan pembaca untuk mempromosi sesuatu program atau skim pelaburan.


Alangkah sedih purata caruman KWSP hanyalah RM114,000 sahaja. Secara mudah, sekiranya sihat, insyallah mampu hidup 20 tahun lagi selepas bersara, anda hanya boleh berbelanja RM475 sebulan. Itu kalau anda tergolong dalam mereka yang bernasib baik ada caruman KWSP. Kalau anda tergolong dari mereka yang bekerja sendiri dan tiada langsung menyimpan untuk persaraan, bagaimana? Situasi agak berbeza untuk pekerja awam kerana mereka ada pencen dan mereka dapat kemudahan kesihatan percuma di klinik dan hospital kerajaan. 


RM475 sebulan bermakna RM15.83 sehari atau RM5.27 untuk 1 kali makan, 3 kali sehari. Bolehlah makan nasi ayam digerai RM4.00 bersama air RM1.20, masih ada baki 7 sen. Itu baru cakap fasal makan. Macamana nak bayar bil air, elektrik, minyak kereta, servis kereta dan paling penting ubat-ubatan dan kos rawatan jika jatuh sakit. Semua ni nak kena bayar dengan baki 7 sen tadi. Sangat-sangat menyedihkan.


Ada sesetengah orang berjawatan tinggi dan bergaji puluhan, malahan ratusan ribu ringgit sebulan. Maka wang KWSP mereka ada berjuta ringgit. Mereka tak termasuk dalam golongan yang saya bincangkan diatas tadi. Tetapi kemungkinan mereka menghadapi kesulitan hidup selepas pencen tetap ada. Kenapa begitu?


Katalah mereka ada RM1 juta dalam KWSP dan hidup selama 20 tahun lagi. Secara mudah mereka boleh gunakan RM50,000 setahun atau RM4166.67 sebulan atau RM138.88 sehari. Nampak macam mereka boleh hidup senang semasa persaraan. Mungkin boleh jika mereka mahu dan berjaya menjalani kehidupan persaraan dengan mengubah cara hidup mewah kepada perbelanjaan berkhemah dengan RM138,88 sehari. Namun, jika sudah terbiasa dengan hidup mewah, rumah besar, kereta besar kemungkinan besar juga RM138.88 tidak cukup untuk menampung keperluan persaraan. Adakah mereka sanggup masuk hospital kerajaan jika sakit atau mereka masih ingat mereka mampu dan masuk hospital swasta? Jika mereka beringat dan ada melanggan insuran perubatan, alhamdulillah. Jika mereka tiada insuran perubatan, bagaimana? Perlu diingat premium insuran perubatan meningkat mengikut umur. Jadi berapa yang perlu dibayar untuk insuran perubatan dari belanjawan RM4166.67 itu? Jika RM500 sebulan, maka anda ada RM3666.67 sebulan atau RM122.22 sehari. 


Adakah cara untuk kita menambahkan pendapatan dan pastikan pendapatan itu berterusan juga meningkat mengikut kadar inflasi? Adakah kita perlu bekerja keras untuk jana pendapatan sedemikian walhal badan kita sudah semakin lemah dan tak  terdaya melakukan kerja-kerja berat?

Jawapannya memang ada. Salah satu caranya ialah dengan mengutip wang royalti. Itu pun jika kita seorang penulis buku atau penulis lagu dan sebagainya yang menjana pendapatan dari royalti,  Satu cara lagi ialah menyediakan program 4D dan kutip pendapatan pasif. Kalau anda nak tahu sila layari Program 4D dalam blog saya. Mungkin juga bukan cara terbaik tetapi ia memberi alternatif dan tambahan pendapatan tanpa perlu bersusah-payah dan tanpa banyak tenaga, Jadi bolehlah kita hidup lebih berkeyakinan dialam persaraan, tidak risau tentang wang, kurang tekanan hidup juga penyakit bersangkutan tekanan sambil boleh beribadah dengan tenang dan aman.



Jangan risau, saya akan kongsi banyak ilmu dan pengalaman pelaburan hartanah dalam seminar hartanah siri SH02-11 pada 20Nov2011


Bagaimana nak mulakannya? Pertama anda mesti ubah diri sendiri dan bertanding dengan diri anda untuk memajukan diri.


"The principle is competing against yourself. It's about self-improvement, about being better than you were the day before. "
-- Steve Young, football player

Mutiara kata di atas amat bertepatan dalam konteks ini. Tiada siapa yang perlu kita lawan kecuali diri kita sendiri dalam usaha untuk menjadi insan lebih baik, berjaya dan sempurna. Jangan tuding jari kepada orang lain jika kita tidak berjaya tapi lihat dicermin dan tanya orang didalam cermin itu " Apakah sebab awak gagal?". Oleh sebab kita ni selalu pandai bagi komen dan pendapat untuk orang lain tapi bukan diri sendiri, maka ambil peluang beri komen dan cadangan kepada orang yang ada didalam cermin itu secara jujur dan ikhlas. Insyallah, orang dalam cermin itu akan faham dan akan ikut cadangan kita.

Tapi buat perubahan kenalah berterusan, bukan ikut musim atau mood. Jika perkara itu terjadi, ulang semula bagi nasihat kepada 'orang dalam cermin' tu. Kalau dia masih degil  saya pasti anda tahu apa nak dilakukan terhadap beliau. "

Esa @ m.esa.ro  -  http://terra-nusa.blogspot.com/

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...