1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Jumaat, 25 November 2011

Jual Emas pun di Katakan Scam

Itu lah hakikatnya apabila saya menerangkan skim Hibah Emas dari Genneva Malaysia Sdn Bhd. Ini kerana sebelum ini Samudra-Genneva Sdn Bhd telah di siasat oleh
Bank Negara Malaysia. Saya ulang sekali lagi di siasat. Ingin saya jelaskan di sini Genneva Malaysia Sdn Bhd dengan Samudra-Genneva Sdn Bhd adalah satu entaiti yang berbeza. Walaupun ianya satu entaiti yang berbeza tetapi lembaga pengarahnya adalah orang yang sama. Maka ramai yang mengatakan ianya SCAM. Ada yang mengatakan bahawa syarikat ini menggunakan ahli politik bagi menutup operasi scam mereka (skim ini telah dilancarkan oleh DYMM Agong pada Dis 2010 dan Tun Mahahir telah memberi ucapan).
Bukan saya hendak memenangkan syarikat ini kerana saya menyertai skim ini, tetapi terus terang saya katakan bahawa saya juga telah mengkaji latar belakang syarikat ini. Semua yang diperkatakan telah saya baca sebelum ini, teapi saya tetap menyertai skim ini. Kenapa? Kerana saya mengkaji dari beberapa aspek dan persoalan.

1.  Dah tentu DYMM Agong dan Tun Mahathir mempunyai penasihat-penasihat yang tak kurang hebatnya. Tentu mereka telah mendapat maklumat lanjut dari BNM. Mereka ni bukan calang-calang orang yang hanya mengikut sahaja tanpa usul pereksa kerana mereka juga kena menjaga nama baik mereka.

2.   Adakah kerana syarikat ini menjual emas dan memberi hibah, maka ianya dikatakan SCAM dan yang menjual emas tanpa hibah bukan SCAM?

3.   Ada yang bertanya saya macam mana syarikat ini boleh memberi hibah? Dari mana syarikat ini mendapat untung? Saya biarkan mereka mencari jawapan dengan bertanya mereka, pernah mereka bertanya kepada tauke-tauke supermarket macam mana mereka mendapat untung dengan membuat potongan harga barangan sehingga 70% dan ada yang memberi hadiah cabutan bertuah yang bernilai ratusan ribu?

4.   Lembaga pengarah dan syarikat telah disiasat oleh BNM. Saya ulangi disiasat. Adakah mereka dan syarikat ini telah dijatuhkan hukuman bersalah? Adakah BNM telah membekukan asset syarikat ini? Kalau ya dibekukan, mengapa mereka masih boleh beroprasi dan mempunyai modal yang mencukupi? Tak perlu la saya memberi contoh bagaimana sesorang yang telah dipertuduhkan oleh mahkamah tetapi masih menjalankan tugas seperti biasa.

5.   Apa itu SCAM dan PONZI? Ini biarlah orang mengatakannya yang menjawab. Saya tak berani untuk menjawab sehingga lah saya menghadiri kursus BAFIA dan AMLATFA anjuran BNM tak lama lagi, baru saya boleh menjawabnya.

6.  Pengeraan keuntungan. Saya membeli emas 999.9 sebanyak 200g (tak banyak pun sebab modal ciput je) skim hibah ini dengan harga RM 181/g pada bulan April 2011.Jumlah modal saya RM 36200.00.  Si A membeli emas 999.9 sebanyak 200g juga dengan harga RM 175/g. Jumlah modal si A RM 35000.00. (Harga emas hibah memang mahal sedikit dari harga pasaran). Saya mendapat hibah sebanyak RM 760 sebulan. Andai kata saya dan si A menjual kesemua emas tersebut pada bulan Nov 2011 dengan harga RM 190/g. Maka keuntungan yang perolehi:

         Saya - 200g x RM 190 = RM 38000.00
                    RM 760 x 7 bulan = RM 5320 (hibah)
                    Jumlah = RM 43320
                    Keuntungan saya - RM 43320 - RM 36200 (modal) = RM 7120

         Si A - 200 g x RM 190 = RM 38000.00
                   Keuntungan si A - RM 38000.00 - RM 35000.00 (modal) = RM 3000

7.   Kalau syarikat tutup sekali pun, emas masih ada di tangan kita. Nak pajak kat Ar Rahnu memang tak boleh sebab Ar Rahnu dah tak terima mana-mana emas jongkong. Kenapa? Itu saya tak dapat nak jawab. Yang pastinya boleh di leburkan dan menjadi emas perhiasan atau menjualnya ke kedai-kedai emas. Ini saya pasti kerana saya pernah bertanya di kedai emas dan mereka sanggup membelinya.

8.   Jika tidak mahu lagi menyertai skim ini, saya boleh memulangkan semula emas kepada syarikat. Syarikat   akan memulangkan 100% modal kita. Ingin saya bertanya, adakah ini SCAM atau PONZI?

Saya bukan cuba untuk membandingkan dengan perniagaan emas yang lain, tetapi ini adalah pendapat dan prinsip saya sendiri. Semua pelaburan emas adalah baik dan menguntungkan. Kalau tidak takkan Allah mengenakan zakat kepada hanya dua logam ini sahaja iaitu emas dan perak. Tetapi saya memilih pelaburan yang terbaik. Mudah-mudahan saya dapat membayar zakat emas ini dengan lebih banyak lagi. Doa-doakan la. AMIN

1 ulasan :

  1. Program ni genuine ...saya pun dah join, baru jer 3 bulan. Sambutan sangat hangat. Orang ramai berpusu-pusu di kaunter lebih ramai dari kaunter bank..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...