1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Khamis, 3 November 2011

Untuk Mencapai Matlamat

Semua antara kita mempunyai matlamat dalam hidup. Ramai yang mempunyai matlamat ingin menjadi kaya. Yang dah kaya bermatlamat ingin bertambah kaya dan tak kurang pula yang mempunyai matlamat ingin berkereta mewah. Tapi bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut?


Ianya adalah sama dengan jika kita ingin pergi melancong atau ke sesuatu destinasi. Kita akan merancang terlebih dahulu sebelum ke destinasi tersebut. Apakah kenderaan yang kita akan naiki, memandu sendiri, menaiki keretapi, kapalterbang atau menongang motosikal? Bilakah masa kita akan bertolak ke destinasi. Hari apa, berapa haribulan, bulan berapa dan tahun bila? Jika kita memandu sendiri ke destinasi yang belum pernah kita sampai, kita juga memerlukan peta, dan sekarang di zaman yang serba canggih, kita memerlukan GPS. Perancangan-perancangan ini akan digunakan oleh semua orang terutamanya tentera yang akan menghadapi peperangan. Bayangkan pergi peperangan dengan tiada apa-apa perancangan. Adakah kita akan memenangi peperangan tersebut. Saya rasa ramai yang akan mengatakan TIDAK.

Perkara-perkara ini juga boleh kita gunakan di dalam mengejar matalamat hidup kita. Pertama kita hendaklah menulis di sekeping kertas apakah matlamat kita.

1.  Matlamat yang hendak dicapai hendak logik dengan masa yang diperlukan. Biasanya masa tersebut adalah agak panjang. Contohnya: "Saya akan mempunyai emas 1 kilo dalam masa 3 tahun". Adalah tidak logik jika matalamat kita " Saya akan mempunyai emas pada hari esok" kecuali rompak kedai emas atau bank. Itu pun juga ada perancangan. Silap-silap nyawa melayang.

2.  Kemudian kita catatkan matlamat kedua bagi menyokong untuk mencapai matlamat utama kita. Contohnya: " Saya mempunyai RM30,000.00 sebulan dalam masa 1 tahun".

3.  Catatkan matlamat ke tiga bagi menyokong matalamat ke dua. Contoh: "Saya berjaya menjual 1 kilo emas kepada pelanggan saya dalam masa 6 bulan".

4.  Catatkan matlamat ke 4 bagi menyokong matlamat ke 3. Contoh: "Saya merupakan Consultant Genneva Gold yang berjaya dalam masa 3 bulan".

5. Catatkan matlamat ke 5 bagi menyokong matlamat ke 4. Contoh: " Saya menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dalam masa 2 bulan".

6.  Catatkan matlamat ke 6 bagi menyokong matlamat ke 5. Contoh: "Saya adalah Consultant Genneva Gold dalam masa 1 bulan".

Apabila semua ini sudah dicatatkan disekeping kertas, simpan kertas tersebut dan hendaklah sering membacanya bagi kita bertindak. Janganlah selepas dicatat terus simpan kertas tersebut di peti besi dan langsung tidak melihatnya.

Mengapa harus mencatat dan tidak dibiarkan difikiran kita. Sebenarnya jika kita mencatat, ianya akan terus tertanam di dalam diri kita sendiri. Jika dibiarkan di fikiran kita, ianya akan menjadi hanya angan-angan dan silap-silap terus terlupa. Serupa dengan peta sesuatu bandar. Jika tiada peta, kita akan berjalan mengikut apa yang kita rasa dan tidak mustahil untuk kita menjadi sesat.

Bagi melaksanakan matlamat kita, catatlah untuk menjadi panduan. Lagi baik jika gunakan prinsip 1 husband and 4 wifes. How (Bagaimana), what (Apa), When(Bila), Why(Kenapa), where(Di mana). Tapi jangan lupa berdoa kepada Yang Maha Esa. Kerana doa adalah senjata yang paling ampuh.

"JIKA KITA GAGAL MERANCANG, KITA MERANCANG UNTUK GAGAL"

Selamat Maju Jaya

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...