Sebelum ini, saya ada menulis artikel berkenaan Kepentingan Matematik Dalam Menentukan Keputusan. Salah satu yang penting di dalam tajuk tersebut adalah Pengurusan Masa.
Setiap manusia dianugerahkan masa selama 24 jam/hari, 168 jam/minggu 720 jam/bulan dan 8760jam/tahun.
Sering kita mendengar keluhan "tidak cukup masa". Benarkah tidak cukup masa? Sebenarnya bagi menentukan sesuatu kejayaan, pengurusan masa amatlah penting. Setiap orang diperuntukan sebanyak 24jam/hari. Tidak lebih dan tidak kurang. Orang itu sendiri lah yang harus menguruskan masa dan menggunakannya dengan sebaik-baik mungkin.
Dalam Islam, Allah menekankan akan pengurusan masa, dan bersumpah dengan masa (Surah Al-Asr). Setiap orang jika menjaga masanya akan sentiasa berdisplin. Bukankah displin adalah salah satu dari sifat untuk menuju kejayaan? (Akan saya bincangkan kemudian). Kita lihat sendiri, kepada orang yang menjaga solatnya. Mereka akan sentiasa berdisplin dan menjaga masanya. Setiap masa yang terlepas tidak akan kembali dan menjadi sejarah. Dari itu, untuk menjadikan sejarah itu baik atau buruk, adalah diri kita sendiri. Kuantiti masa tidak boleh dipanjangkan tetapi kualiti masa boleh dipertingkatkan. Sebagimana Sabda Rasullullah, "Bersembahyang jemaah pada waktu Isyak dan Subuh seolah-olah telah beribadah sepanjang malam." "Berfikir sesaat sehingga terasa kebesaran Allah seperti beribadat selama 1 tahun".
Pengurusan masa adalah asas kepada Tujuan Hidup. Bagi mendapat Tujuan Hidup, mesti mempunyai Matlamat. Contohnya: jika kita mempunyai tujuan untuk menjadi jutawan, kita kena menetapkan matlamat kita. Kita akan memberi tempoh masa tertentu bagi kita menjadi jutawan. Andaikata kita menetapkan selama 3 tahun lagi akan menjadi jutawan, hendaklah kita memulakan usaha dari sekarang. Kalau bermula esok maka 3 tahun dari esok. Bagaimana jika bermula 1 bulan dari sekarang? Fikir-fikirkan lah.
Kalau kita lihat dalam sejarah peperangan dulu hingga sekarang, tidak kira peperangan pada zaman Rasulullah atau moden, masa memainkan peranan yang amat amat amat amat penting. Lihat saja bagaimana tentera Islam terlebih dahulu menguasai kawasan berair semasa Peperangan Badar. Ianya menjadikan musuh menjadi lemah kerana tiada bekalan air. Dalam peperangan moden, masa hendaklah sentiasa tepat kerana jika lambat atau cepat 1 atau 2 minit sekalipun akan menyebabkan rakan seangkatan terkorban.
Begitu juga dalam perniagaan. Mereka yang merebut peluang dengan lebih cepat, disertai dengan ilmu yang ada, akan mendapat kejayaan dengan lebih cemerlang. Kalau kita lihat ahli-ahli koprat akan sentiasa mementingkan masa kerana pada mereka "Masa Itu Wang".
Hargai la masa kerana ianya datang hanya sekali dan yang lepas akan menjadi sejarah.

MASA ITU EMAS
Pepatah Arab mengatakan "MASA ITU PEDANG"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan