Bagi mencapai kejayaan walau dalam apa bidang sekali pun tidak kira dalam menuntut ilmu, berkerja atau berniaga, perkara yang perlu ada adalah memantap dan meningkatkan diri sendiri. Bagaimana untuk memantapkan diri?
1. Kenal pasti matlamat dan hala tuju hidup. Orang yang tidak ada matlamat hidup seolah-olah berjalan dalam kegelapan. Tiada arah tujuan.
2. Bina Plan Kejyaan Diri. Bina plan kejayaan diri secara bertulis. Jika kita terlupa akan plan tersebut, balik semula ke plan yang dirancang.
3. Bina Prinsip Hidup. Adakan moto atau falasafah diri. Orang-orang tua dahulu banyak menyediakan falsafah hidup seperti gengam bara api biar sampai jadi arang, dari secupak jadi segantang, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dengan menanam kata-kata perangsang ini ke dalam pemikiran akan menjadikan diri lebih teguh dan berani. Selain itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah juga akan menjadikan diri lebih berpendirian.
4. Menuntut ilmu dan belajar dari pengalaman. Sentiasa belajar perkara-perkara yang baru dan berkongsi pengalaman dan ilmu dengan teman-teman dan rakan-rakan. Adanya ilmu-ilmu baru ini akan menjadikan diri berkeupayaan dalam menghadapi cabaran-cabaran. Ini kerana setiap masa cabaran sentiasa berubah-ubah. Selain dari berkongsi ilmu dan rakan-rakan, cara meningkatkan ilmu adalah dengan menghadiri seminar, kursus, forum dan juga dari buku-buku.
5. Kemahiran Diri. Kemahiran diri adalah penting bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Dengan adanya kemahiran diri, cabaran akan dapat ditempuh dengan mudah. Contohnya: Semua orang boleh belajar, tetapi belajar juga memerlukan kemahiran diri. Kita harus belajar bagaimana hendak belajar. Sebab itu ada pelajar yang kelihatan tidak belajar tetapi mendapat keputusan yang cemerlang berbanding yang tekun belajar tetapi tidak mendapat keputusan yang cemerlang. Kita harus memahami apa yang kita belajar bukan menghafal apa yang kita belajar.
6. Displin Diri. Displin diri harus dijaga. Jika tiada displin, kejayaan susah untuk dicapai. Dalam displin ini adalah persedian diri dan keteraturan diri. Yang dimaksudkan adalah bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dan kekemasan diri. Sebagai contoh: Jika rumah tempat tinggal kemas dan teratur, ianya menunjukkan hidup penghuni rumah adalah kemas dan hidupnya lebih teratur jika dibandingkan dengan rumah yang dalamnya berselerak dengan sampah dan berbau yang kurang menyenangkan. Sudah tentu penghuni adalah seorang yang negatif dan doa orang yang negatif susah untuk diterima tuhan.
7. Kesihatan Diri. Kesihatan diri amatlah penting. Badan yang sehat akan memberi kecergasan berfikir. Sentiasa mengaja pemakanan dan rehat yang cukup.
8. Penampilan Diri. Penampilan yang kemas dan rapi menunjukkan sifat yang positif. Ini dapat menyakinkan orang ramai apa yang ingin kita sampaikan. Baju dan seluar hendaklah sentiasa berseh dan bergosok, rambut yang disikat rapi, kuku yang sentiasa pendek menunjukkan diri si pemakai yang berdisplin dan sentiasa menjaga dirinya. Pakaian tidak perlu mahal-mahal, tetapi cukup ianya beseh dan rapi. Kalau pakaian mahal sekali pun tapi kalau tak kemas dan berserabut, sapa nak percaya.
9. Doa dan Tawakal. Perkara yang lebih penting adalah doa dan tawakal. Senjata muslimin adalah doa. Jika kita lihat dari mata kasar, semua penganut agama di dunia ini berdoa. Tidak kira apa bangsa dan agama. Apabila seseorang itu sentiasa berdoa benda yang baik tuhan akan memakbulkan, tetapi cepat atau lambat adalah urusan tuhan. Jika tuhan tidak perkenankan, bermakna ada yang lebih baik yang tuhan akan beri. Setelah berusaha hendaklah berdoa dan kemudian bertawakal.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan