Anak merupakan asset penting di dalam perhubungan rumahtangga. Anak-anak yang membesar dengan kasih sayang akan mempunyai emosi yang stabil.
Di alam persekolahan anak-anak, mereka dididik oleh guru-guru di sekolah. Tetapi ianya hanyalah pendidikan secara formal. Bagaimana dengan pendidiakan tidak formal? Ibubapa lah yang akan memainkan peranan di dalam pendidikan tidak formal.
Begitu juga dengan doa. Tidak dinafikan doa ibu kepada anak adalah mujarab, tetapi bapa juga sentiasa mendoakan anak-anaknya tanpa jemu agar lebih berjaya.
Dalam artikel ini,saya ingin menekankan pengaruh bapa kepada anak-anak. Tidak dinafikan pengaruh ibu juga memainkan peranan yang penting, tetapi biar la saya fokus kepada pengaruh bapa terutama kepada anak lelaki.
Sebenarnya bapa memberi pengaruh yang besar kepada kepada anak-anak terutamanya anak-anak lelaki. Anak-anak lebih suka meniru dan belajar dari apa yang bapa mereka lakukan dan ajar. Anak-anak akan lebih cemerlang di sekolah jika bapa mengajar dan sentiasa mengambil berat soal pembelajarannya di sekolah.
Marilah kita perhatikan kehidupan kita atau masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, jika bapanya adalah seorang guru, kita akan perhatikan salah seorang anak-anaknya akan mengikut jejak langkah ayahnya. Begitu juga jika ayahnya seorang peniaga tidak kira besar atau kecil, anaknya juga akan mengikut berniaga walaupun mempunyai kelulusan tinggi dan dalam bidang pendidikan yang berbeza. Si anak juga akan turut berniaga, jika tidak mengambil alih perniagaan bapanya, ia akan berniaga lain. Yang pasti, perniagaannya lebih besar dari perniagaan bapanya.
Marilah kita menceritakan berkenaan emas. Bagaimana emas juga boleh mempengaruhi anak-anak. Sebagai bapa seharusnya kita ada menyimpan emas menunjukkan kepada anak-anak. Sebaik-baiknya anak-anak yang masih belajar. Bukan saja belajar di sekolah tetapi belajar untuk hidup. Setelah menunjukkan emas yang kita beli, beri peluang untuk anak-anak ini pegang dan terangkan kepadanya kepentingan menyimpan emas. Secara tak langsung, anak-anak ini akan tertanam difikirannya kepentingan menyimpan emas. Bukan saja difikirannya tetapi juga di fikiran bawah sedarnya. Maka si anak akan terus mempunyai azam dan berusaha untuk mempunyai emasnya sendiri.
Selain itu, apabila kita menunjukkan dan memberi peluang kepada si anak untuk memeang emas, secara tak langsung, energi dan aura emas ini akan menyerap ke dalam diri si anak ini. Energi dan aura emas yang tertanam di dalam diri si anak akan menjadikan anak-anak ini bersikap dan berfikiran lebih positif bagi memajukan dirinya.
Perkara ini telah berlaku kepada anak-anak saya sendiri selepas saya menerima emas hibah dan wang hibah, lalu saya tunjukkan kepada anak-anak saya dan memberi peluang kepadanya untuk memegang emas tersebut. Apa yang saya perhatikan, anak-anak saya ini berjimat dalam membelanjakan wang belanja sekolah yang saya beri. Selain itu, duit rayanya juga tidak dibelanjakan dan disimpan. Apabila saya bertanyakan mengapa tidak membelanjakan wang tersebut, jawapan yang saya terima adalah, "untuk membeli emas". Sebagai seorang bapa, saya sentiasa menyokong azam anak-anak saya ini dan tidak lupa juga untuk mendoakannya.
Sebagai seorang bapa, berilah contoh yang positif kepada anak-anak. Tunjukkan kepadanya kepentingan emas dan sentiasa berdoa agar memperolehi apa yang diidamkannya. Kalau tiada modal yang besar untuk beli emas, belilah sedikit dan tunjukkan kepada anak-anak. Katakan kepadanya bahawa selain dari menyimpan emas, ianya juga akan berkerja untuk kita.
Bapa tidak meminta apa-apa balasan dari anaknya walaupun bersusah payah membesarkannya, tetapi mahukannya memberi balasan kepada ibunya. Itulah pengorbanan seorang ayah. Kepada yang masih mempunyai ayah, bantulah ia dan sentiasa mendoakannya kerana anak-anak kita akan mengikut jejak langkah kita dan kepada yang sudah tiada ayah, doakanlah dia kerana doa anak yang soleh meringankan bebanan ayah di alam yang satu lagi.
Bapa tidak meminta apa-apa balasan dari anaknya walaupun bersusah payah membesarkannya, tetapi mahukannya memberi balasan kepada ibunya. Itulah pengorbanan seorang ayah. Kepada yang masih mempunyai ayah, bantulah ia dan sentiasa mendoakannya kerana anak-anak kita akan mengikut jejak langkah kita dan kepada yang sudah tiada ayah, doakanlah dia kerana doa anak yang soleh meringankan bebanan ayah di alam yang satu lagi.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan