Setiap orang mahukan kejayaan. Adakah dengan bersendirian kita boleh mencapai kejayaan? Jawapannya adalah terlalu subjektif. Amat jaarang kita dengar sesuatu kejayaan yang dicapai tanpa sokongan.Kemenangan ahli-ahli sukan kita adalah disebabkan sokongan dari kita semua. Tidak kira dari segi fizikal (wang, sorakan atau latihan dari jurulatih) atau pun doa (semua agama berdoa).
Dalam sebuah keluarga, sokongan dari isteri dan anak-anak akan memberi kejayaan kepada bapa dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak akan memajukan anak-anak. Begitu juga dalam organisasi, sokongan ketua akan menaikan moral pekerja dan sokongan pekerja akan menaikkan ketua. Sama macam pokok, jika sokongan dari akar tidak kuat, maka tumbang la pokok.
Kepada yang telah berjaya, jangan pulak lupa kepada orang yang menyokong. Jangan la apabila telah berjaya maka lupa dan menindas. Kerana selain dari sokongan dari manusia, kita jangan lupa kepada Allah yang sentiasa menyokong usaha-usaha kita. Apabila berjaya maka bersyukur lah.
Setelah berjaya, jangan merasa diri hebat, kerana dalam tidak sedar ianya adalah penggagal kepada sesebuah kejayaan. Sebenarnya orang yang suka menunjuk-nunjuk adalah orang yang kurang ilmu. Orang yang berilmu lebih bersikap sederhana.
Sebagai contoh, emas hibah, kami mempunyai kumpulan yang di panggil Juaramulia, yang mana kami sering bantu membantu diantara satu sama lain dan berkongsi ilmu untuk mencapai kejayaan. Setiap orang dari kami mempunyai kepakaran masing-masing dan strategi tersendiri. Strategi dan kepakaran ini dikongsi bersama dan kami berkerja dalam kumpulan serta betukar-tukar idea dan pengalaman.
Sebenarnya kejayaan adalah milik stiap insan. Kejayaan akan terlepas begitu saja jika tidak berusaha dan merasa diri sudah cukup pandai atau berjaya. Sokongan dari keluarga, sahabat handai dan orang-orang sekeliling kita amat la penting. Tidak dinafikan, terdapat ramai yang berfikiran negatif dalam usaha kita mencapai kejayaan. Berbagai tomahan, andaian dan kata-kata menakutkan yang akan didegnar. Anggap la ianya juga satu sokongan dalam bentuk cabaran. Buktikan bahawa anggapan mereka adalah salah kerana mereka yang menentang akan menjadi penyokong yang kuat kepada kita seperti KHALID AL ALID, SAYDINA OMAR dan para-para sahabat Nabi yang lain. Asalnya adalah penentang.
Cari la guru dan orang yang akan sentiasa menyokong dalam mencapai kejayaan. Ambil la pengajaran dari bersembahyang jemaah.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan