Sekarang ini semua sibuk berbincang tentang pelaburan yang terbaik. Ada yang kata dia punya pelaburan lebih baik dan tak kurang juga yang mengatakan pelaburan yang lain salah dan dia punya sorang saja yang terbaik. Terutamanya pelaburan emas. Sekarang ini masing-masing berebut-rebut
untuk memiliki emas dan berniaga emas.
Sebenarnya sedarkah kita, pelaburan yang terbaik adalah melabur untuk mencari ilmu bagi diri sendiri. Katakan sekarang ini kita ada RM 1000.00 dan melabur dalam ASB. Berapakah yang kita akan dapat dalam setahun? Mungkin RM 90 atau RM 80 atau mungkin lebih sedikit. Tetapi jika kita melabur dalam mencari ilmu bagi diri kita sendiri, kita berkemungkinan akan mendapat pulangan sebanyak RM1000.00 sebulan dan mungkin lebih. Mengapa?
Sebabnya, orang berilmu lebih mudah menerima dan mengambil peluang. Mereka aan lebih pantas berfikir dan mudah memahami serta membezakan antara yang baik dan yang buruk. berbanding dengan mereka yang kurang berilmu, agak lebih susah membuat keputusan dan memikirkan dirinya saja yang betul. Orang yang berilmu lebih bersikap positif dan tidak merasa ketinggalan.
Mereka yang berilmu merupakan mereka yang optimis, proaktif, berfikiran positif, dan menjadikan sesuatu ujian dan pemasalahan sebagai satu cabaran. Mereka yang berilmu sentiasa tenang dan hidup dalam harmoni secara tidak langsung memberi satu cahaya kehidupan yang berkualiti.
Walau bagaimanapun ilmu yang dituntut hendaklah yang tidak melangar perintah agama dan menyalahi undang-undang. Alasan mengatakan bahawa aku sudah tidak larat menuntut ilmu adalah salah. Rasulullah pernah besabda " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Ini bermakna selagi kita hidup, hendaklah menuntut ilmu. Kalau saya tidak silap, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, pernah dikecam oleh Presiden Amerika Syarikat disebabkan kata-kata beliau semasa berucap di Persidangan OIC, lebih kurang begini " Jika kita hendak berlawan dengan Israel adalah dengan Ilmu". Lihat betapa takutnya mereka jika kita mempunyai ilmu yang tinggi.
Beberapa adab haruslah ada semasa menuntut ilmu. Menuntut ilmu hendaklah dengan dengan niat yang baik dan ikhlas dan tidak untuk digunakan bagi menyusahkan orang lain. Yang pentingnya ikhlas kerana Allah Ta'ala dan bukannya untuk keduniaan. Menghormati guru juga adalah salah satu adab di dalam menuntut ilmu walau pun berselisih pendapat. Sebagai contoh: Imam As-Syafie' yang bertegas mengatakan meinggalkan qunut hendaklah bersujud sahwi tetapi apabila beliau bersembahayang di makam gurunya Imam Malik, beliau tidak melakukannya kerana menghormati guru.
Apabila telah memperolehi ilmu, maka amalkannya, jika tidak ianya akan menjadi sia-sia dan ianya akan hilang begitu sahaja.

"MEREKA YANG BIJAK AKAN MENGATAKAN DIRINYA BODOH, ORANG YANG BODOH AKAN MENGATAKAN DIRINYA BIJAK"
"KNOWLEDGE IS POWER"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan