1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Selasa, 6 Disember 2011

Bersaing Secara Sehat



Tak tau la mengapa, hari ni idea mencurah-curah pulak. Terus terang saya katakan, bahawa saya suka membaca blog-blog di internet ni. Tak kira la blog apa sekali pun. Bukan apa, hanya untuk menambahkan pengetahuan dan berkongsi idea. Banyak bloger-bloger  yang menulis tentang pengalaman dan mencurahkan pendapat masing-masing. Tak kurang pula yang mengutuk, menghina dan menegakkan benang basah masing-masing.
Pada saya, ianya adalah positif kerana itu hak mereka untuk menulis dan mencurahkan apa yang ada di minda masing-masing. Walau bagaimanapun, beberapa perkara harus diambil perhatian agar tidak menyinggung  perasaan orang lain, kerana akibatnya langsung tidak dapat mencurahkan idea di blog kerana terpaksa berbicara di mahkamah. (Kena saman la tu).

Satu lagi yang diperhatikan adalah artikel-artikel yang ditulis di blog atau Facebook. Terutamanya dalam bidang perniagaan masing-masing yang mana mempunyai persaingan. Ada bloger-bloger yang menulis kononnya cara dia saja yang betul. Orang lain salah. Siap bagi contoh lagi. Sedangkan apabila saya baca artikel-artikel yang ditulis, terdapat point-point yang memakan dirinya sendiri. Kalau nak berniaga dan terdapat pesaing, bersaing la secara sehat. Belum tentu yang dikatakan salah itu betul-betul salah dan yang dikatakan betul itu benar-benar betul. Biar saya bagi satu contoh, seorang bloger ada menulis, "Jangan melabur dengan membeli emas dan mendapat bayaran setiap bulan kerana jika harga emas tidak naik dan telah terbukti emas selama 10 tahun tidak naik harga atau harga emas jatuh, adakah syarikat akan mengambil semula emas tersebut dan memulangkan semula modal pelabur? Tentu tidak kerana syarikat akan rugi".Saya tahu kepada siapa ditujukannya. Beliau mempunyai pointnya di situ dan ada kebenarannya.  Dalam artikelnya yang lain beliau menulis" Apabila kita meminjam wang untuk membeli emas, bank akan memgenakan 4% atau 5% intrest setahun sedangkan harga emas terus meningkat sebanyak 25% setahun. Maka peminjam tadi akan mempunyai keuntungan lebih kurang 20% setahun". Saya tahu, itu caranya beliau berniaga. Beliau juga mempunyai point dan ada kebenarannya.

Persoalannya, mula-mula beliau mengatakan bagaimana kalau harga emas tak naik atau turun, kemudian pada artikel yang lain mengatakan harga emas terus meningkat sebanyak 25%. Mana satu yang betul? Saya tidak menyalahkan beliau kerana itu cara beliau menyakinkan orang dan mungkin strategi beliau. Tetapi jangan menyalahkan cara orang lain. Bersaing la secara sehat. Atur strategi agar orang lain percaya dengan perniagaan kita.

Kemudian ada juga yang mengatakan skim itu scam dan skim ini scam. Berbagai contoh yang diberikan. Syarikat itu scam dan syarikat ini scam. Syarikat itu sama macam syarikat ini menjalankan skim cepat kaya dan sebagainya. Caranya juga tidak salah kerana beliau cuba protect cara perniagaannya atau cuba memperingatkan orang-orang lain agar tidak tertipu. Tetapi harus diingat, kalau syarikat yang disebut tersebut adalah sah dan menjalankan dengan betul, buta-buta kena saman. Langsung tak boleh berniaga. Untung jual emas habis bayar saman. Persoalannya beliau terus menghukum cara orang berniaga tanpa menyiasat urusniaga syarikat dan profile syarikat. Informasi yang diterima adalah dari sumber-sumber "hear say" lalu terus mempercayainya.

Tidak kurang juga yang menunjukkan kereta mewah dan rumah besar berserta pakaian yang mahal bagi menyakinkan pelanggan. Beliau memberikan satu bukti yang baik dan cara beliau adalah bagus di dalam perniagaan dan perlu dicontohi. Sayangnya beliau menyalahkan cara perniagaan orang lain, dan caranya saja yng menyebabkan beliau menjadi kaya. Kalau macam tu, mengapa tidak mengeluarkan sedikit modal dan cuba cara orang yang dikatakan salah, baru tahu caranya salah atau tidak. Sama juga dengan mengatakan sungai itu dalam tapi tiada bukti mengatakan sungai itu dalam dan beliau sendiri tidak pernah menyelam sungai tersebut.

Bagi saya, bersaing lah secara sehat. Walaupun saya menyertai emas hibah, tetapi jika ada kawan-kawan yang ingin membeli dinar atau emas jongkong untuk dibuat simpanan, atau hantaran perkahwinan, saya akan mencari penjual-penjual emas seperti ini. Memang saya tak dapat untung, tetapi saya akan mendapat kawan,  sekurang-kurangnya boleh bertukar fikiran dan menerima AURA kekayaan dan keimanan dari penjual emas ini. Saya tidak mengatakan saya betul dan bagus, saya juga insan biasa yang ada kesilapan dan kesalahan. Sebab tu saya suka berkawan dengan perniaga-perniaga ini bagi bertukar-tukar fikiran dan pendapat secara sehat.

Leader saya pernah berkata, "Pernah lihat kedai runcit bangsa lain hanya sebuah tidak ada kedai runcit lain disekelilingnya? Kalau itu terjadi, kedai tersebut tidak akan maju. Sebaliknya kita akan lihat terdapat disekelilingnya juga kedai-kedai runcit. Mengapa? Antara salah satu sebab adalah kerana aura kedai-kedai runcit lain akan bergabung dengan kedainya." Sebagaimana cerita "Peladang Limau Dengan Anaknya" (Akan saya ceritakan kemudian)

BERSAING LAH SECARA SEHAT TANPA RASA IRI HATI DAN DENGKI


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...