1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Khamis, 8 Disember 2011

Peladang Limau Dan Anaknya




Pada suatu ketika di sebuah daerah, tinggal seorang peladang. Peladang ini mempunyai sebuah ladang limau. Hasil tanaman limaunya sangatlah banyak dan bermutu tinggi. Setiap musim menuai, peladang limau ini berjaya menjual limau-limaunya. Ini kerana limau-limaunya sangat bermutu tinggi dan digemari oleh orang ramai. Limau-limaunya bukan saja di pasarkan di daerahnya bahkan ke daerah-daerah lain.
Semakin hari, kehidupannya semakin mewah dan peladang ini menjadi kaya raya.

Suatu hari, tuan tanah di sebelah ladangnya telah datang berjumpa dengan peladang ini. Beliau telah meminta izin untuk bertanyakan apakah rahsia sehingga limau-limaunya berjaya dipasarkan sehingga ke daerah-daerah lain. Peladang menyatakan tiada rahsia yang digunakan hanyalah menjaga pokok-pokok limaunya dengan baik seperti orang-orang lain juga. Kecewa dengan jawapan peladang tersebut, jiran tanahnya telah meminta izin untuk membeli  benih pokok limau peladang tersebut.

Lalu, peladangpun memanggil anaknya untuk memberi benih-benih pokok limaunya kepada jiran tanah tersebut. Selang tidak berapa lama, datang seorang lagi datang untuk membeli benih limau. Seperti biasa, peladang tersebut memanggil anak-anaknya untuk memberikan benih pokok limaunya. Selang berapa hari datang lagi seorang untuk membeli benih limauya. Perkara yang sama dilakukan oleh peladang iaitu memanggil anaknya untuk memberi kepada orang tersebut.



Hairan dengan tindakan bapanya, lalu si anak berkata:

Anak : Ayah, mengapa apabila datang orang untuk membeli benih-benih limau kita, ayah terus memberiannya? Apabia mereka mengusahakan ladang limaunya nanti, tidak kah hasil jualan kita akan berkurangan?"

Peladang : Anakku, kau telah ayah hantar bersekolah untuk menuntut ilmu. Sekarang ini tentunya kamu sudah tahu bagaimanakah caranya pokok limau menghasilkan buah?

Anak :  Melalui pendebunga ayah.

Peladang : Bagaimana pendebungaan berlaku?

Anak : Melalui angin ayah.

Peladang : Anakku, di dalam satu ladang tidak semua pokok tanaman kita mengeluarkan debunga yang baik mutunya. Jika debunga ini singgah ke tanaman kita yang lain, maka lama kelamaan hasil tanaman kita tidak lagi bermutu. Tetapi, jika mereka menanam benih yang kita berikan kepada mereka, pokok-pokok yang ditanam oleh mereka sudah tentu akan mengeluarkan debunga yang baik-baik. Debunga yang baik-baik ini akan diterbangkan angin dan akan singgah di pokok tanaman kita. Maknanya debunga yang baik ini akan dapat mengatasi debunga yang tidak baik. Akhirnya kita akan terus mengekalkan mutu hasil tanaman kita. Bahkan mungkin bertambah baik kerana pokok-pokoknya yang masih baru.

Pengajaran dari cerita ini, janganlah kita bersifat lokek dan hanya cara kita sahaja yang betul dan merasakan orang lain salah. Hidup seorang tidak akan berjaya berbanding hidup bermasyarakat. Bantu membantu la satu sama lain walau pun berlainan pendapat dan perinsip hidup.

Selain itu, pengajaran yang diperolehi, jika kita mahu berjaya, sertai la kumpulan orang yang berjaya. Jika mahu berfikiran positif, berkawan lah dengan orang yang berfikiran positif. Jika mahu berjaya dalam menuntut ilmu, berkawan la dengan orang yang pandai-pandai walau pun cara dan masa belajarnya berbeza. 
Begitu juga dalam bidang perniagaan, walau perniagaan apa sekali pun. Tidak perlu menjatuhkan satu sama lain.

Amil lah pengajaran dari sembayang berjemaah yang telah diajar oleh agama Islam. Bukan sahaja agama Islam yang mahukan kita bersembahyang berjemaah, kita lihat agama lain juga mengamalkan sembahyang beramai-ramai. Bahkan dalam Islam, sembahyang berjemaah mendapat 70x fadhilat dari sembahyang berseorangan. 

Pengajaran dari bersembahyang berjemaah, walau pun kita berlainan pendapat, prinsip, mazhab, status, cara hidup, kekayaan, tetapi tujuan kita satu iaitu menyembah Allah dan menurut arahannya serta dapat melawan syaitan yang sering menganggu.

BERSATU PADU DALAM MENUJU KEJAYAN DI DUNIA DAN AKHIRAT



1 ulasan :

  1. Ooo. proses limau membiak dgn pendebungaan ke? Heheh. Tak tau plak. Dah lupa dah ilmu masa skolah dulu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...