1 JUTA HITZ TO YOUR WEBSITE

Klik Like Bagi Menyokong

Khamis, 27 Oktober 2011

Magnet Rezeki

Catatan kali ini adalah bagaimana kita menarik rezeki. Sebenarnya, kita hidup di muka bumi ciptaan Allah ini telah di kurniakan rezeki. Yang perlu hanya la berusaha.

Saya selalu mengikuti satu blog yang ditulis oleh seorang yang saya panggil Master Hadzrin Blog yang memberi banyak tips dan pengajaran. Salah satu tulisannya adalah bagaimana untuk menghasilkan MAGNET REZEKI. Kalau diikutkan caranya,memang menjadi. Saya berani kata sebab saya telah mencuba dan mengamalkannya. Di bawah ini disertakan catatan beliau:

Perkongsian hari ini ialah tentang Magnet Rezeki atau Bagaimana Nak Tarik Duit la senang cerita. Post kali ini saya berkongsi salah satu cara sebenarnya ada banyak Amalan Magnet Rezeki. 

Bukan sekadar saya menulis, atau mereka cerita atau menciplak mana-mana tetapi saya belajar dan saya gunakan dan nampak keberkesanannya dalam masa 2 minggu...

Bagi anda yang nak tahu dan nak belajar, ambiklah peluang dari blog ini dan jika anda inginkan satu keajaiban berlaku pada diri anda, amalkan lah saranan yang saya beri dan lagi bagus.

Anda berkongsi ajar dengan sesiapa sahaja sebab bila anda memberitahu satu ilmu pada orang lain dan mereka gunakan ia ke arah kebaikan contohnya sedekah, anda juga akan mendapat syafaat di hari akhirat kelak dengan izin Allah.

Sebelum itu saya nak tanya anda dahulu.... Rasa-rasanya bila anda nak menguruskan Duit anda ? Bila dah Kaya ? Bila ada Duit ? Bila ada banyak Duit ? Bila Gaji Naik ?....

Salah satu Cara Magnet Rezeki ialah MENGURUSKAN KEWANGAN.
Alaaaa...takan itu je ? semua orang tahu... YA!! Betul semua orang tahu tapi tak semua buat. Jadi berbalik pada soalan saya tadi....yang mana satu waktu anda nak menguruskan duit anda ??

Jika anda cakap bila dah kaya atau bila dah banyak duit...saya guarantee, anda akan selama-lamanya tak ada duit atau bila dapat duit banyak saya guarantee ia akan sekejap sahaja habis. Nak Bet ? Saya berani bet seribu ringgit !!

Cuba ambik idea dari cerita ini....
Ada seorang budak bersama ayahnya pergi ke kedai beli aiskrim satu scoop. Lalu budak dan ayah itu berjalan keluar dari kedai. Semasa berjalan sambil menjilat aiskrim, tiba-tiba aiskrim budak itu yang satu scoop pun jatuh ke lantai.

Lalu budak itu menangis meronta-ronta pada ayahnya untuk beli aiskrim yang baru... Ayahnya pun bawa anaknya semula ke kedai aiskrim untuk ganti aiskrim yang baru.

Masa dalam kedai aiskrim tu, budak tu nampak poster iklan aiskrim 3 scoop. Nampak lagi menarik dan lazat. Lalu budak itu meronta-ronta minta ayahnya untuk belikan dia aiskrim yang 3 scoop.

Sebagai seorang ayah yang penyayang dan baik hati...adakah anda akan beli kan aiskrim 3 scoop itu ?

Walaupun anda penyayang tapi kalau anda cerdik, anda pasti TIDAK akan belikan aiskrim 3 scoop itu...

Sebabnya.... yang satu scoop pun anak itu tidak boleh nak menjaganya apa lagi yang tiga scoop...lagi tinggi aiskrim dia kena kawal!!

Begitulah keadaannya bila masuk bab menguruskan kewangan. Bila ada duit sikit pun tak boleh nak uruskan apa lagi bila ada duit banyak !!

Jadi bagaimana nak buat ? Amalkan begini....setiap kali anda dapat duit pecahkan kepada 5 bahagian. 1:1:1:5:2...

Maksudnua setiap kali anda dapat duit contohnya RM 10..( saya tak nak cerita yang banyak dulu...mula dengan sikit ni) anda pecahkan dan masuk ke dalam 5 tabung...

10% - Simpanan jangka panjang ( tak boleh keluarkan langsung )
10% - Ilmu
10% - sedekah
50% - belanja
20%- Komitmen seperti duit sewa, kereta, rumah...atau pun modal perniagaan

Bila dapat RM 10 pecahannya jadi begini.... RM 1 masuk tabung jangka panjang, RM 1 untuk beli buku atau belajar , RM 1 untuk sedekah, RM 5 untuk perbelanjaan harian, RM 2 untuk bayar komitmen...

Macamana nak kaya macam ni.....Haaa itulah yang Magiknya datang..... Mula dengan sedikit dulu.... Anda akan dapat keajaibannya bila dah buat selama 3 bulan... dan saya guarantee anda akan ada duit yang berlipat kali ganda !!

Kalau anda tak nak buat saya pedulik apa..
Logiknya....Hukum Alam semester atau yang pastinya Allah SWT nampak apa yang kita buat dan Maha mengetahui. 

Setiap pengurusan kewangan kita adalah satu ibadah lebih-lebih lagi kita amalkan sedekah 10% dari pendapatan kita...(sedikitnya...) , berapa ramai yang sedekah walaupun sehari RM 2 ? Tak ramai.... sebab bila RM2 X 30hari jadi RM60...ada yang sedekah RM60 sebulan ?

Allah nampak bila kita sudah pandai menguruskan Duit kita maka Allah akan gandakan Rezeki kita...PASTI.

Itulah datangnya Magnet Duit....sebab Duit pun tahu orang yang pandai uruskan duit. Orang yang boros, tak pandai dan tak sayang duit...Duit pun lari sebab menyampah.....

Magnet duit ialah bila Duit sayang dekat kita dan nak datang dekat kita...bukan maksud kita duduk rumah berangan dan tiba-tiba ada duit jatuh dari bumbung. Kalau betul jatuh bumbung hempap atas kita lalu tak sempat nak berduit...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...