1. Kebanyakan kita cuma mengenali sedikit mengenai diri kita. Terlalu banyak aspek2 dan sumber peribadi yg kita tidak ketahui...kita masih belum kenal APA dan SIAPA kita sebenarnya..?
2. Setiap apa yg berlaku mempunyai hikmah yg tertentu.
3. Kekuatan diri datang dari rahmat Tuhan melalui kebolehan kita mengawal pemikiran kita.
4. Kita merupakan natijah dari apa yg kita fikirkan tentang diri kita.
5. Sejak lahir kita mengumpulkan beratus-ratus idea, mengenai diri kita - sama ada baik atau jahat, bijak atau bodoh, berani atau penakut dan sebagainya. Melalui ulangan, identiti yg tidak mencerminkan keadaan sebenar mengenai diri kita akan terpahat dlm minda dan membentuk imej kita sendiri, imej kendiri yg palsu ini yg menghantui diri kita sepanjang hayat.
6. Setelah kita mengenal diri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.
7. Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dlm hidup ini, kita dicipta bukan utk gagal!
8. Ramai Manusia yg gagal dlm hidup kerana mereka membesar-besarkan perkara kecil.
9. Manusia tidak malas! Tetapi mereka mempunyai matlamat yg mati, yakni matlamat yg tidak merangsang mereka.
10. Kita adalah kejadian sempurna, tetapi apa yg kita lakukan yg selalunya kurang sempurna.
11. Kebanyakan halangan dalaman dan luaran yg membantutkan kecemerlangan seseorang individu sering dibentuk oleh individu itu sendiri.
12. Ramai di antara kita yg sudah mati semasa muda tetapi dikuburkan sesudah tua!
13. Orang yg cemerlang menunjukkan hasil. Orang gagal memberikan alasan.
14. Salah satu sifat orang yg cemerlang ialah kebolehan mendorong diri utk bertindak.
::CABARAN::
1. Setiap individu ada kekuatan dan kelemahan.
2. Kekuatan perlu dikenal pasti supaya dapat digunakan bagi membentuk kecemerlangan diri.
3. Kelemahan perlu dikenal pasti supaya dapat diatasi.
4. Jawapan mengenai kaedah mengatasi kelemahan diri ada pada diri masing-masing, justeru itu tanyalah soalan-soalan yg boleh membangunkan diri.
5. Kelemahan boleh menjadi kekuatan kalau diurus dengan sewajarnya.
6. Kekuatan boleh menjadi kelemahan kalau di salah gunakan.
::RUMUSAN::
1. Kebanyakan manusia masih tidak mengenal diri secara mendalam.
2. Manusia mesti berubah utk mencapai kecemerlangan.
3. Cara manusia berfikir mempengaruhi prestasinya.
4. Elakkan dari sabotaj diri sendiri utk berjaya.
5. Orang yg mengenali diri akan mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
** Ada satu cerita tentang 4 orang bernama SEMUAORANG, SESEORANG, SESIAPA dan TIADASIAPA. Ada tugas yg penting utk dibuat, dan SEMUAORANG pasti yang SESEORANG yang akan buat. SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA yang membuatnya. SESEORANG amat marah kerana ia merupakan kerja SEMUAORANG. SEMUAORANG ingat SESIAPA saja boleh membuatnya, tetapi TIADASIAPA sedar bahawa SEMUAORANG tidak ingin membuatnya. Ia berakhir dengan SEMUAORANG menyalahkan SESEORANG apabila TIADASIAPA buat apa yang SESIAPA saja boleh buat **
[The Winner Sees an Answer for every problems]
[The Loser Sees a Problem in every answer]
[The Winner Says..it may be difficult but it is Possible]
[The Loser Says..it maybe possible but its to Difficul]
>>Jangan Suruh Orang Lain Buat Kerja Yang Anda Sendiri Tidak Rela Membuatnya
Dari:
http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A608661&xgs=1&xg_source=msg_share_topic
Tiada ulasan :
Catat Ulasan