Sekarang ni dah masuk tahun 2012. Masa terus berlalu. Zaman telah berubah, cara pemikiran manusia juga telah berubah. Kalau dulu nak menghantar berita kena guna kadham untuk hantar, kemudian guna burung merpati, kemudian pejabat pos. Sekarang ni boleh guna handphone saja dan yang terbaru berhubung menggunakan internet dan boleh video confrence. Nampaknya seolah-olah dunia semakin kecil.Begitu juga dengan perniagaan. Semuanya sudah berubah, walau pun masih ada lagi yang menggunakan cara lama. Sama la dengan perniagaan emas. Kalau ada cara terbaru dan mengguntungkan semua pihak, apa salahnya. Mentelaah lagi ianya mengikut syariah.
Kita sendiri tahu yang emas memang digemari ramai. Ramai yang membeli emas semasa harga murah dah menjualkannya pada harga mahal. Macam mana pulak kalau semua pembeli nk beli dengan harga murah? Siapa nak beli dengan harga mahal walau pun kita tahu harga emas sentiasa naik.
Untuk berniaga, terutama barang yang menjadi rebutan ramai, kita kena beli barangan tersebut dengan kuantiti yang banyak. Baru dapat harga murah. Lihat saja peniaga barangan runcit, mereka membeli di kedai borong, baru dapat harga murah dan menjual dengan harga pasaran. Apa tah lagi macam emas yang dibeli 1 atau 2 tahun yang lepas. Tentu harganya murah dan dijual sekarang dengan harga pasaran. Untungnya berlipat kali ganda. Kalau 1 tahun dulu emas mentah dibeli dengan harga RM 100 segram, setelah diproses dan dijadikan jongkong, boleh jual sekarang dengan harga RM200 segram. Maknanya dah untung 100%. Tolak kos proses katakan 10%. Untungnya telah menjadi 90%. Adakah menjadi kesalahan untuk memberi sedikit keuntungan kepada pembeli emas sebanyak 2% sebulan atau bersamaan 6% selama 3 bulan. Masih ada untung 84%.
Kemudian, jika pembeli menjualkan semula, mengapa sanggup beli dengan harga 100%? Kita tahu emas adalah rebutan ramai. Jika 4 bulan lepas, pembeli membeli dengan harga RM 190 segram, sekarang dah jadi RM209 segram. Dah tentu sanggup beli 100%. Esok boleh jual dengan harga RM209 segram. Untung RM19 segram. Masih ada untung lagi. Macam mana pulak kalau harga turun? Masih lagi sanggup beli 100% sebab % keuntungan masih lagi tinggi atau senang cakap melebihi 50%. Ini lah perniagaan alaf baru.
Kepada yang tidak faham cara perniagaan ini akan mengatakan ianya scam, money game atau apa saja benda yang menakutkan. Masalahnya mereka yang mengatakan perkara negatif ni tidak pernah terfikir berniaga seperti ini dan masih lagi jumud dan tidak mengikut cara pemikiran ALAF BARU.
Mari kita lihat. Siapakah yang rugi dalam perniagaan ALAF BARU ni? Pada saya tiada siapa yang rugi. Semua mendapat keuntungan. Jadi tidak pelik jika ianya menjadi kegemaran ramai.
Ini lah EMAS HIBAH meningkatkan ekonomi kita.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan