Sudah agak lama saya tidak melabuhkan buah fikiran di blog ini. Tajuk pada kali ini agak pelik. Bukan apa saja bagi mencurahkan buah fikiran.
Apabila harga sesuatu barang semakin meningkat, ramai yang mula mengeluh dan tak kurang juga yang bertepuk tangan. Mengapa saya katakan mengeluh? Kerana pendapatan yang diterima adalah sama sedangkan perbelanjaan semakin tinggi kerana kenaikan harga barang. Maka terpaksalah berkerja dengan lebih keras dan membuat part time. Masa yang diberi selama 24 jam sehari dirasakan tidak cukup. Kepada yang telah berkeluarga, masa bersama keluarga semakin berkurangan. Anak-anak terabai, dan isteri terpaksa keluar berkerja untuk menampung perbelanjaan harian. Silap-silap haribulan, boleh runtuh institusi kekeluargaan. Minta-minta ini tidak berlaku.
Kepada yang berniaga, mereka masih boleh bertepuk tangan. Terutamanya yang berniaga barangan tidak luput atau barangan komoditi yang mendapat sambutan ramai. Mula heboh dan pelbagai analisa dikeluarkan berkenaan harga yang semakin meningkat. Masa mula-mula beli, harga masih murah, bila harga telah tinggi, mereka menjualnya pula, untung berlipat kali ganda.
Masalahnya, berapa ramai yang merasa keuntungan yang berlipat kali ganda ini? Tidak kurang juga yang menceburi bidang perniagaan ini yang kecundang. Mengapa saya katakan demikian? Ini kerana saya banyak menerima panggilan yang mengatakan brangan mereka tidak boleh dijual. Saya tanya mengapa? Jawapannya sangat mudah, "Tidak dinafikan, harga barang ni memang meningkat, tapi bila saya nak jual, kena potong harga. Kadang-kadang sehingga 25%." "Kalau macam tu simpan saja hingga harga betul-betul naik", kata saya. Jawapan lucu yang saya terima, "Tak kan esok saya nak isi minyak motor bayar guna barang ni, ada ke pam minyak yang terima?" Terkedu dibuatnya. Itu tidak kira semakin ramai yang membuat perniagaan yang sama sehinggakan ada yang sanggup menjual dengan harga yang agak murah (asal untung sikit, jadi la) dan menyebabkan orang lain tidak dapat menjual barangannya. Memang lah itu satu taktik perniagaan, tetapi cuba kita rasakan kalau kita di tempat orang tersebut.
Itulah serba sedikit masalah yang dihadapi oleh para peniaga dan pengguna.
Setiap harga barang komoditi adalah seperti bola yang dilantunkan. Ada turun naiknya, walau pun selalunya naik. Bila harga rendah, heboh juga dimerata tempat agar mula membeli. Bagaimana kalau esok harganya semakin jatuh dan jatuh dan jatuh? Perlukah menunggu sehingga sebulan atau setahun atau 2 tahun untuk menjualnya.
Tetapi bagi kami, harga naik ke, turun ke, sama saja. Wang kami masih sama bahkan makin bertambah. Tak kira harga turun atau naik. Meminjam kata-kata yang selalu diperkatakan:
"ADA AKU KESAH"
Tiada ulasan :
Catat Ulasan